RSS

Pelajar cemerlang PMR, SPM dirai dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan

28 Apr

Dewan Sinar (19 April) Seramai 247 pelajar, yang terdiri daripada calon – calon PMR dan SPM2013 yang mencapai kejayaan cemerlang telah diraikan dan diberi anugerah di dalam Majlis Anugrah
Kecemerlangan SMKS0 2013 hari ini.
Jumlah ini terdiri daripada calon PMR yang mencapai keputusan semua A dan lulus cemerlang 6A ke atas.Sementara untuk kategori SPM pula, penerima terdiri daripada calon yang mencapai semua A dan lulus cemerlang 5A hingga 9A.
Tahun 2013 mencatat keputusan yang cemerlang di dalam kedua – dua peperiksaan, di mana seramai 108 orang calon telah mencapai keputusan semua A, yang merupakan catatan tertinggi seumpamanya
di dalam sejarah sekolah. Di dalam SPM pula,tahun 2013 mencatatkan 2 calon mencapai semua A+ dan 28 calon memperoleh semua A.
Majlis kali ini juga meraikan beberapa individu yang lain, antara nya saudara Khairul Asyraff bin Hashim, calon Pendidikan Khas Integrasi yang berjaya lulus semua mata pelajaran di dalam SPM. Selain itu, Anugerah juga dikurniakan kepada Panitia – panitia yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kedua – dua peperiksaan.
Menyerikan majlis adalah persembahan selingan daripada pasukan bicara berirama sesi petang dn juga pasukan Nasyid Dhiya Ad Dean.
Majlis disempurna dan dirasmikan oleh Yg Bhg Tan Sri Dato Hj Alimuddin b Hj Mohd Dom, Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad yang juga mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Turut serta sebagai tetamu kehormat adalah Yg Bhg Dato’ Hj Abdul Rauf b Husin dan YDP PIBG, Tn Hj Azman b Ahamad.

 
Leave a comment

Posted by on 28/04/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: