RSS

Sambutan Hari Guru 2014 : Puan Adibah muncul ‘murid terbaik’.

28 May

Dewan Sinar (28 Mei) Puan Adibah Isa, Guru Sains sekolah hari ini dinobatkan sebagai juara pakaian sekolah terbaik sempena Sambutan Hari Guru peringkat sekolah hari ini.

Sambutan diadakan pada hari ini kerana memberi laluan kepada peperiksaan pertengahan tahun yang berakhir jumaat lepas. Sambutan kali ini menampilkan kelainan yang agak luar biasa memandangkan ia bertemakan ‘back to school’ di mana semua guru diminta berpakaian seragam sekolah. Tuan pengetua sendiri sewaktu mengumumkan tema ini kepada pelajar, mengharapkan pelajar untuk sukarela meminjamkan pakaian mereka kepada guru yang mereka pilih. “ Ini adalah satu usaha sekolah untuk mencetuskan keharmonian hubungan guru dan murid,” ujar beliau. “ Lagipun pelajar yang meminjamkan pakaian seragam tersebut akan diberikan markah kepada rumah sukannya,” Tambah beliau.

Hampir ke semua guru memberikan kerjasama untuk memenuhi tema ini, dengan berpakaian sekolah SMKS9, sekolah Agama, Sekolah rendah, dan Pakaian Unit beruniform. Setelah dinilai, penganjur telah memilih 3 pemenang, Puan Norzaharah dengan pakaian baju kurung sekolah, Ustaz Khairul Azman dengan pakaian sekolah Agama, dan Juara adalah Puan Adibah Isa dengan pakaian pinafore sekolah kebangsaan. Sementara rumah sukan yang paling banyak meminjamkan pakaian sekolah kepada guru adalah rumah Buana.

Selain keunikan tema, sambutan tahun ini juga menampilkan kelaianan dari segi format sambutan, di mana setiap persembahan di pentas di selang – selikan dengan permainan yang melibatkan guru dan pelajar. Antaranya adalah permainan ‘band tanpa letrik’, ‘jangan lupa skrip’, ‘mencari harta karun’, dan ‘satu guru ramai murid’.

Majlis berakhir dengan jamuan tengahari di bilik Kuliah Ilmu.

Foto oleh Ahmad Aqil, Unit Fotografi Warta9

Image

‘Murid’ diarak ke Dewan SInar

 

Image

Bersedia di atas pentas untuk sambutan bermula

 

Image

Acara wajib – Potong Kek sempena sambutan

Image

Selfie untuk kenangan

Image

Dyana Darwish dan rakan – rakan membuat persembahan

Image

Pentas bergegar – Tarian Bollywood penutup sambutan

Image

Menepati ramalan – Puan Adibah dengan fesyen sekolah kebangsaan

Image

Naib Juara – Ustaz Khairul Azman dengan tema sekolah agama

Image

Selingan video ucapan pelajar

 
Leave a comment

Posted by on 28/05/2014 in Uncategorized

 

Leave a comment