RSS

Dhiya Ad Deen cemerlang di MSU

25 Jul

Seksyen 13 (16 Julai) Kumpulan nasyid lelaki SMKS9, Dhiya Ad Deen ternyata unggul apabila dinobatkan Juara Pertandingan Nasyid anjuran Management and Science University (MSU) hari ini.
Sebanyak 34 kumpulan nasyid mengambil bahagian di dalam pertandingan ini, termasuklah beberapa buah kumpulan dari luar Selangor. Kumpulan ini membawa dua buah lagu, ‘Pejuang Terunggul’ dan ‘Perjuangan Dakwah’ yang kedua – duanya hasil gubahan En Abdul Hakim Abdul Rahman.
Kumpulan ini dianggotai oleh Thaqif Ilman b Jani (ketua), Amirul Irfan b Ibrahim, Ahmad Aiman b Aminuddin, Aliffi Irsyad b Mohd Haidir, Muhammad Hamim bin Rosidi, Muhammad Amir b Anuar, Khairul Irfan b Shahrani, Ashrafiqal Areef b Noor Azwad, dan Ahmad Irfan b Khairi.
Selain Juara, kumpulan ini juga mendapat Anugerah The Most Unique Team. Pemilihan ini dibuat berdasarkan penampilan ahli kumpulan yang agak unik dicampur dengan gimik kawad kaki yang dipamerkan ketika melangkah ke pentas.
Menurut mentor kumpulan, Ustaz Khairul Azman, beliau sangat kagum dengan kerjasama dan komitmen yang begitu mantap yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan di sepanjang sesi latihan, meskipun mereka datang dari kelas dan tingkatan yang berbeza. “ Saya juga kagum dengan kesanggupan mereka untuk bermalam bersama – sama di rumah salah seorang ahlinya, supaya dapat berlatih dengan mudah, “ tambah beliau.
Selain Trofi dan sijil kumpulan ini mendapat tajaan biasiswa MSU bernilai RM 26,000. Tahun lepas, sekolah menghantar kumpulan nasyid perempuan Dhiya An Nour di dalam pertandingan yang sama. Meskipun tidak menraih sebarang tempat, kumpulan ini berjaya menggondol Anugerah Vokalis Terbaik, iaitu Khairom Maisarah bt Baharom.

foto ihsan daripada Syamil Rosli Al-Teranjani

Persembahan mantap menarik minat para juri

Persembahan mantap menarik minat para juri

10523157_914382621920518_886797962064686861_n

Dhiya Ad Deen selepas diumumkan keputusan dan menerima replika cek tajaan

Menerima hamper untuk Anugerah The Most Unique Team

Menerima hamper untuk Anugerah The Most Unique Team

 
Leave a comment

Posted by on 25/07/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: