RSS

SMKS9 jalin hubungan muhibbah dengan SM Sayyidina Hasan

24 Sep

Bandar Seri Bagawan (16 Sept) Sekolah mencipta satu lagi sejarah hari ini apabila memetrai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Sekolah Menengah Sayyidina Hasan (SMSH), Brunei Darussalam.

Berobjektifkan program pengantarabangsaan dan juga penandarasan, sekolah telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke sekolah berkenaan di dalam satu lawatan empat hari ke negara Brunei Darussalam. Antara tujuannya adalah untuk mengkaji bagaimana sekolah tersebut, yang juga sebagai mewakili sekolah menengah lain di negara itu menyemai dan memupuk semangat nasionalisme di dalam kurikulum dan sukatan pelajaran.

Lawatan ke sekolah yang baharu saja merayakan ulangtahun ke-20 ini diadaka selama 2 hari berturut – turut, iaitu pada 16 dan 17 September. Lawatan hari pertama melibatkan perhimpunan pagi dan sesi dialog oleh wakil kedua – dua negara yang diadakan di bilik persidangan, lawatan ke sekitar sekolah dan berakhir dengan jamuan tengah hari.

Keesokan harinya adalah kunjungan kali kedua, tetamu dibawa ke perhimpunan pagi sekali lagi dan kemudiannya dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang kemudiannya diselitkan di beberapa buah kelas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP), sementara kumpulan guru dibawa ke bilik persidangan sekal algi untuk sesi dialog kali kedua. Majlis diakhiri dengan majlis penutup di dewan besar sekolah. Di sini tetamu dan tuan rumah mengadakan persembahan mwakili pihak masing – masing. SMKS9 mengadakan 3 persembahan, iaitu Berzanji, Hafazan Surah As Sajdah oleh Imam Muda dan Choral Speaking oleh peserta tingkatan 4. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan bersurai.

Selain melawat sekolah, program empat hari ini juga dilengkapkan dengan lawatan ke beberapa tempat menarik seperti Masjid Sultan Omar Ali, Masjid Jame’ Sultan Hasanal Bolkiah, dan Kampung Ayer. Turut diselitkan di dalam program adalah lawatan ke sebuah rumah masyaraakt tempatan di kampung Sungai akar kepunyaan Tuan Haji Abdul Halim yang juga merupakan saudara kepada salah seorang peserta, Puan Jamaliah.

Secara keseluruhannya program berjalan lancar dan Tuan Pengetua menyatakan bahawa pemilihan SMSH sebagai destinasi lawatan penanda arasan adalah tepat kerana sekolah ini agak menonjol di Brunei. Beliau juga kagum dengan kesungguhan kerajaan Brunei di dalam menyemarakkan semangat patriotisme di dalam kandungan sukatan pelajaran sekolah, terutamanya melalui pelakasanaan subjek Melayu Islam Beraja.

Peserta selamat tiba di KLIA pada pukul 8.30 malam, 16 September, seperti yang dijadualkan.

Pelajar yang terpilih menyertai program

Pelajar yang terpilih menyertai program

Rombongan sekolah dan tuan rumah bergambar sebaik tiba di lokasi.

Rombongan sekolah dan tuan rumah bergambar sebaik tiba di lokasi.

10712219_10201472416491500_1872878638_o

Bergambar buat kali terakhir sebelum meninggalkan SMSH.

brunei (108)

Persembahan daripada SMKS9 iaitu bacaan berzanji dan hafalan Surah As Sajdah.

brunei (3)

Sesi dialog di dalam bilik persidangan.

brunei (25)

Bergambar bersama “kawan baru”.

brunei (28)

Mendengar penerangan tentang projek Pre-Voc (Pendidikan Khas) iaitu membuat pin baju.

brunei (87)

Tetamu diberi peluang belajar bersama tuan rumah.

 
Leave a comment

Posted by on 24/09/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: