RSS

Cikgu Fauzul muncul guru Kadet Polis terbaik Daerah

25 Sep

Dewan Sinar (24 Sept) Cikgu Fauzul Hakim bin Jamali hari ini telah diumumkan sebagai Guru Kadet Polis Terbaik Daerah Petaling Perdana untuk tahun ini.
Penyampaian Anugerah tersebut telah disampaikan oleh di dalam Majlis Tamat Perkhidmatan Kor Kadet Polis Daerah Petaling Pedana yang berlansung di SMKS9 pagi hari ini. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias
Cikgu Fauzul Hakim, 31, mula menunjukkan minat di dalam aktiviti unit berunifrom semenjak di bangku sekolah, dan terlibat dengan serius di dalam askar wataniyah ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) sehingga ditauliahkan Leftenan Muda pada tahun 2006.
Beliau memulakan profesion perguruan di SMKS9 pada penghujung 2007 dan semenjak itu beliau bergerak aktif di dalam Kor Kadet Polis di sekolah ini. Setiap tahun beliau akan memastikan pasukan ini menjalani kem latihan intensif bagi memantap dan memperkasakan pasukan tersebut.
Bapa kepada seorang anak ini juga mempunyai hobi menunggang motorsikal berkuasa tinggi dan pernah menyertai beberapa siri jelajah bermotor. Beliau juga meminati sukan badminton dan pernah mewakili Daerah Petaling Perdana di dalam Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidamatan Pendidikan (PSKPP). Di sekolah beliau mengajar subjej Geografi dan Sejarah, dan juga bertugas sebagai Guru Disiplin.

Menerima piala daripadaKetua Polis Daerah Shah Alam

Menerima piala daripadaKetua Polis Daerah Shah Alam

IMG_9570

Cikgu Fauzul bersama Kor Kadet Polis SMKS9

Cikgu Fauzul bersama Kor Kadet Polis SMKS9

 
Leave a comment

Posted by on 25/09/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: