RSS

Majlis Jamuan Kelab guru bawa tema Kesultanan Melayu

20 Oct

Dewan Sinar (17 Okt) Majlis Jamuan tahunan Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKS9 diadakan hari ini dengan membawa suatu tema yang amat unik iaitu Kesultanan Melayu.
Majlis tahun ini buat pertama kalinya diadakan di Dewan Sinar, tidak seperti di hotel seperti yang lazimnya diadakan sebelum ini. Justeru tema yang dipilih, sebahagian besar jemputan mengenakan pakaian atau kostum yang bersesuaian dengan tema seperti baju Melayu, Destar, keris, tanjak, baju kurung dan sebagainya. Selain Dewan yang dihias ala istana, mood keseleluruhan dan skrip pengacara pada malam itu juga diubahsuai mengikut adat istiadat diraja. Tuan pengetua berperanan sebagai Sultan Abdul Hakim Al Muqaddas Al Haj, Yang Dipertua Negeri SMKS9 Darul Sinar Kayangan. Barisan pentadbir sebagai Memanda menteri dan guru – guru sebagai rakyat jelata.
Majlis bermula dengan guru – guru mendaftar kehadiran dan sejurus kemudian diikuti dengan perarakan masuk ‘sultan’ ke Dewan, diiringi dengan paluan gong oleh Encik Fauzul Hakim dan seterusnya persembahan silat daripada Persatuan Silat Seni Gayong. Pengacara majlis, Encik Sharizam dan Puan Kashnani Mohd Noor seterusnya mempersilakan Encik Zaimi Husni, selaku Temenggong Dato’ Ketua Adat Istiadat Kerajaan Darul Sinar untuk membacakan perutusan pembukaan majlis.
Majlis seterusnya mempersilakan Memanda Mufti Negara Sinar Kayangan Al Fadhil Ustaz Zolkifli b Shariff untuk membacakan doa dan diikuti oleh ucapan dari Dato’ Paduka Nik Azmawati Awang, Penghulu Sekalian Mahaguru Kerajaan Sinar Kayangan serta ucapan daripada Sultan Abdul Hakim Al Muqaddas Al Haj.
Sewaktu menikmati makan malam, hadirin dihiburkan dengan beberapa persembahan, antaranya dari Biduan Negara Puan Salwani Selamat yang menyanyikan dua buah lagu, Katipang Payung dan Joget Pahang. Barisan guru – guru pelatih dari UiTM dan MSU tidak ketinggalan mencuri tumpuan dengan persembahan Tarian Timang Burung. Selain itu, kumpulan guru lelaki yang diketuai oleh Ustaz Khairul dan diikuti oleh Encik Roslan, En Azrul, dan En Hafiz juga mengadakan persembahan, iaitu sebuah pentomim unik berjudul Bingung.
Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah kepada warga sekolah yang terdiri daripada pelbagai kategori ; Anugerah Kehadiran Penuh, Anugerah Buku Rekod Terbaik, Anugerah Buku Register Terbaik, Anugerah PdP berkesan, Anugerah Pengurusan, Anugerah Khidmat Bakti Luar, Anugerah Guru Versatil, Anugerah Staf Berdedikasi, Anugerah Staf Swasta, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Program Inovatif, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru Favourite, Anugerah Khas Panel, dan Anugerah Kualiti Perdana. Sebagai tambahan Anugerah pakaian terbaik kategori Lelaki dan Perempuan masing – masing diraih oleh En Roslan Mohd Noor dan Puan Lee Swee Foon.
(Segala gelaran dan pangkat diraja di dalam teks ini adalah berdasarkan Majlis)

df

Sultan Abdul Hakim Al Muqaddas masuk ke Dewan

Datuk Paduka Zaimi membacakan perutusan sembah kasih

Datuk Paduka Zaimi membacakan perutusan sembah kasih

Persembahan pembukaan dari Persatuan Silat Seni Gayong

d1

Pengacara Majlis, Encik Sharizam dan Puan Kashnani

d

Acara memotong pulut kuning

d5

Persembahan Tarian Timang Burung oleh Guru Pelatih

d6

Persembahan Pentomim ‘Bingung’ oleh guru lelaki

Antara yang hadir

Antara yang hadir

Santapan bermula

Santapan bermula

Antara fesyen hulubalang yang digunakan bersempena tema

Antara fesyen hulubalang yang digunakan bersempena tema

Sultan sempat berselfie dengan rakyat jelata

Sultan sempat berselfie dengan rakyat jelata

Bergambar di akhir majlis

Bergambar di akhir majlis

 
Leave a comment

Posted by on 20/10/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: