RSS

Naib Canselor IUKL rasmi Majlis Graduasi

30 Oct

Dewan Sinar (29 Okt) Naib Canselor yang juga Presiden Insfrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Prof. Dr. Roslan b Zainal Abidin telah merasmikan Majlis Graduasi SMK Seksyen 9 pada hari ini.

Prof. Dr. Roslan pernah mempunyai 3 orang anak yang menuntut di sekolah ini dan beliau adalah individu penting di belakang penubuhan program Niners A+. Beliau tiba di dataran Sinar tepat pukul 8.30 pagi dan kemudiannya dibawa terus ke bilik kuliah Ilmu untuk persediaan. Majlis kemudiaanya dimulakan dengan perarakan masuk ahli akademik, yang diketua oleh barisan ketua bidang, Saudara Hishamuddin Naim sebagai pembawa cokmar, diikuti oleh perasmi, pengetua, penolong – penolong kanan dan juga YDP PIBG, Tn Hj Azman Ahmat.
Majlis tahunan ini diadakan bagi meraikan tamat persekolahan pelajar – pelajar tingkatan 5. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar, Muhammad Hisham dan ucapan daripada pengetua dan perasmi. Kemudiannya pengetua membacakan Watikah Graduasi dan diikuti oleh penyampaian watikah yang didahului oleh pelajar – pelajar Pendidikan Khas Integrasi.
Penyampaian watikah berhenti rehat seketika dan diisi dengan persembahan nasyid dan kumpulan Nour Ar Raheem yang telah menjuarai pertandingan nasyid PPKI baru – baru ini
Majlis kemudiannya bersambung dengan penyampaian watikah sesi kedua dan diakhiri dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan. Selain itu, dua orang pelajar telah dilantik sebagai tokoh pelajar, iaitu Adriana bt Zainurin dan Khairul Izwan b Mohd Ikhwan Jackson dari kelas 5 Sains 1. Mereka berdua juga menyampaikan ucapan sejurus selesai menerima Anugerah.
Majlis bersurai sejurus kemudian.

 
Leave a comment

Posted by on 30/10/2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: