RSS

Warga sekolah rai persaraan Puan Norzaharah

28 Jan

Dewan Sinar (26 Jan) Seluruh warga SMK Seksyen 9 hari ini bersama – sama meraikan persaraan Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Puan Norzaharah Abdullah di dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah.
Majlis yang bermula jam 10.45 pagi ini berlansung di Dewan Sinar. Setelah semua murid berkumpul di Dewan, majlis bermula dengan perarakan masuk Puan Norzaharah, diiringi oleh Pengetua dan barisan penolong kanan.
Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh wakil murid PPKI, diikuti dengan ucapan dari Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMKS9, En Zhafran, ucapan dari Tuan Pengetua, ucapan dari wakil Murid PPKI dan kemucaknya adalah ucapan Puan Norzaharah.
Seterusnya diadakan majlis memotong kek, disusuli oleh penyampaian cenderahati. Majlis berakhir dengan persembahan istimewa dari Cikgu Nazol Muzaffar Shah secara akusitk menyampaikan beberapa buah lagu seperti Salam Terakhir, Selamat Tinggal Bungaku, Mewangi dan Be Sama Mucho.
Puan Norzaharah memulakan kerjaya guru pada tahun 1979 dan berkhidmat di lima buah sekolah sebelum berpindah ke SMK Seksyen 9 pada tahun 2000. Beliau begitu sinonim dengan sukan renang PPKI dan berjaya menghasilkan beberapa tokoh di dalam bidang tersebut. Menjawat jawatan Penolong Kanan pada tahun 2009, beliau telah banyak menyumbang ke arah kejayaan jabatan tersebut. Muttakhir adalah membawa kumpulan Nasyid PPKI menjuarai Pertandingan Nasyid PPKI peringkat Kebangsaan pada tahun lepas.
Seluruh warga kerja Warta9 merakamkan ribuan tahniah dan Selamat Bersara kepada Puan Norzaharah.

( Foto – foto adalah ihsan daripada En Roslan, Majalah Sinar )

aa

Perakan masuk ke Dewan, disusuli dengan tepukan gemuruh dari pelajar

ab

Barisan pengawas di sepanjang laluan ke pentas

abc

‘ I Love You’ … Puan Norzaharah menunujukkan isyarat kepada salah seorang ‘peminat setianya’ di bawah

b

Puan Norzaharah menyampaikan ucapan perpisahan

c

Memotong kek harijadi, diiringi oleh Pengetua dan YDP PIBG

d

Kecil tetapi besar maknanya … En Zhafran menyampaikan cenderahati mewakili guru dan kakitangan

da

Bangga… aksi yang agak mengejutkan Dewan dari salah seorang murid pendidikan Khas

dd

Persembahan khas ala buskers dari En Nazol dan rakannya

ddc

Perarakan keluar

ddce

Puan Zaharah didatangi seorang peminat di luar Dewan

dde

Menjamu selera seusai majlis

e

Datin Siti Ruhaya menyarungkan cincin kepada Puan Norzaharah


 
Leave a comment

Posted by on 28/01/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: