RSS

Ketua Pengawas dan Timbalan diusir dari Kem Kepimpinan

17 Apr

Seksyen 30 (27 Mac) Kerana kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh anak – anak buahnya di sepanjang berlangsungnya Kem Kepimpinan Pengawas, ditambah pula dengan ketidakpuasan hati para fasiliator, Ketua Pengawas SMKS9, Siti Hajar Ahmad Zuraidi dan Timbalannya Abdul Rahim b Abdul Rahman telah dihalau pulang dari program tersebut. Walaupun dirayu oleh anak – anak buah yang rata – ratanya telah menitiskan airmata, ketua fasilitator tetap tidak berganjak dengn keputusannya dan akhirnya kedua pemimpin tertinggi Lembaga Pengawas ini dihantar pulang dengan sebuah kereta, dan suasana kem menjadi semakin tegang. Kelihatan beberapa ahli telah mula meninggikan suara dan sebahagian yang lain cuba menyekat kereta dari bergerak. Akhirnya mereka dengan berat hati terpaksa tinggal di kem dan meneruskan aktiviti.
Sebenarnya keterangan di atas adalah sebahagian daripada modul Kem Kepimpinan Pengawas 2015 yang digunakan untuk mendidik ahli lembaga pengawas untuk sentiasa peka dengan arahan, terutamanya daripada pihak atasan. Simulasi tersebut sebenarnta telah dirancang terlebih awal dan ia juga untuk menguji sejauh manakah rasa sayang dan hormat ahli kepada pemimpin. Kedua – dua pemimpin yang ‘dihalau’ tadi akhirnya dikembalikan ke Kem.
Kem Kepimpinan pada tahun ini diadakan di Kem Bumi Jati Seksyen 30 Shah Alam. Kem tiga hari dua mala mini sebahagian besarnya melibatkan aktiviti dewan, yang bertujuan mempertingkatkan prestasi dan mutu kerja lembaga pengawas di dalam menjalankan tugas sebagai penguatkuasa undang – undang di sekolah. Untuk kali ini kem ini diamanahkan untuk dikendalikan oleh syarikat Wirajaya.
Majlis penutup diadakan pada hari Ahad 29 Mac, dan dihadiri oleh tuan Pengetua, dan para pentadbir.

DSC02480

Tegang – sebahagian ahli kem mengerumuni kereta dan cuba menghalang penganjur membawa ketua mereka pergi

 
Leave a comment

Posted by on 17/04/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: