RSS

Wartawan timba pengalaman di Zoo Negara

20 Apr

18 April (Hulu Kelang) Kelab Kewartawanan dan Penyiaran atau Warta9 hari ini mengadakan lawatan kerja ke Zoo Negara yang antara lainnya berobjektifkan untuk memberikan ahli pengalaman dan pengetahuan mengenai Zoo Negara.
Lawatan ini melibatkan 31 orang ahli sesi pagi dan petang dan empat orang guru pengiring. Setiba di Zoo, peserta terlebih dahulu dibawa ke kandang gajah yang dinamakan Siti, Sibol dan Teriang. Di sana juga peserta dipertemukan dengan Datin Rossiti Aishah bt Rashidi, seorang sukarelawan zoo yang juga ibu kepada ketua pelajar, Siti Hajar bt Ahmad Zuraidi. Di sini peserta dapat mengikuti wawancara dengan Muhammad Affendi, seorang petugas kandang gajah diikuti dengan temubual dengan Datin Rossiti. Sejurus kemudian, peserta didatangi Naib Presiden Zoo Negara, En Rosly Ahmat Lana, yang juga ditemuramah.
Peserta diberi peluang untuk melawat bebas di sekitar zoo dn ditugaskan mengambil gambar – gambar yang kemudiannya akan dinilai dan dihakimi untuk peraduan gambar terbaik. Wartawan – wartawan senior ditugaskan untuk menemuramah pengunjung yang mana salah seorang daripadanya mestilah pelancong asing.
Tepat jam sebelas, peserta berkumpuldi amphitheater untuk menyaksikan pertunjukan haiwan, dan kemudiannya bergerak ke kawasan orang utan. Lawatan berakhir dengan mengunjungi sepasang panda yang baru sahaja ditempatkan di zoo ini. Di sini suasananya agak berbeza dengan tempat – tempat lain, di mana pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash dan juga dilarang berbuat bising. Bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk pada satu – satu masa juga terhad.
Peserta kemudiannya keluar dari zoo untuk menikmati makan tengah hari dan berangkat pulang.

Peserta bergambar di luar zoo sebelum program bermula

Peserta bergambar di luar zoo sebelum program bermula

Peserta asyik menyaksikan gelagat haiwan zoo

Peserta asyik menyaksikan gelagat haiwan zoo

Menikmati pertunjukan haiwan di amphitheatre

Menikmati pertunjukan haiwan di amphitheatre

Guru penasihat ber'selfie' dengan wartawan

Guru penasihat ber’selfie’ dengan wartawan

Peserta mendengar taklimat di rumah panda

Peserta mendengar taklimat di rumah panda

Pengerusi wartawan, Muhammad Syakir ( vest hitam ) dan peserta yang lain tekun mengambil foto panda

Pengerusi wartawan, Muhammad Syakir ( vest hitam ) dan peserta yang lain tekun mengambil foto panda

 
Leave a comment

Posted by on 20/04/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: