RSS

Bolasepak MSSD : S9 nyaris Juara Daerah

22 Apr

Seksyen 23 (8 April) : Pasukan bolasepak SMKS9 kategori bawah 18 tahun hari ini nyaris mencipta kejutan apabila kalah di dalam perlawanan akhir di dalam kejohanan bolasepak MSSD Petaling Perdana hari ini.
Pasukan di bawah kawalselia jurulatih baharu En Zhafran Abd Ghafur ini melalui jalan yang agar sukar pada mulanya namun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di pusingan awal, mara ke pusingan kedua dan seterusnya berjaya memboloskan diri sehingga berjaya beraksi di pentas perlawanan akhir menentang SMK Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah.
Perlawanan yang Nampak seimbang akhirnya mengikat kedua – dua pasukan dengan jaringan satu sama dan mengheret mereka ke penentuan melalui sepakan penalty. Meskipun pahit untuk ditelan, nasib dan rezeki ternyata tidak menyebelahi S9 apabila kalah dalam sepakan penalty. Selain pulang dengan pingat naib juara, pasukan ini juga patut dibanggakan apabila penganjur telah memilih Fariduddin b Zainial dari SMKS9 sebagai pemain terbaik kejohanan sementara dua pemain telah dipilih untuk menyearung jersi Petaling Perdana, iaitu Fariduddin dan Khairil Iskandar. Seorang pemain kategori bawah 15 tahun, iaitu Alip Najmi dari tingkatan 3.
“ Sebagai Kapten pasukan, saya berasa bangga kerana komitmen pasukan di dalam dan di luar padang. Ini merupakan kemenangan yang bermakna bagi saya memandangkan ini adalah tahun terakhir saya bermain di bawah lencana SMKS9.” Kata Muhammad Fazrul bin Fahriz Zeky, Kapten SMKS9. Tambah beliau “Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Coach Zhafran kerana tidak jemu – jemu melatih kami seawal tahun lepas lagi untuk memastikan kami benar – benar ‘fit’ untuk game,” tambah beliau.
Turut hadir di dalam majlis ini adalah Ketua Jurulatih Negara saudara Dollah Salleh dan Setiausaha Agung FAM Dato Hamidin Mohd Amin. Sebahagian kecil perlawanan ini telah disiarkan di dalam bulletin TV3. Kemunculan pasukan SMKS9 di peringkat akhir sebelum ini adalah pada tahun 1999, di bawah jurulatih Muhammad Haris b Lajid.

 
Leave a comment

Posted by on 22/04/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: