RSS

Selamat Tinggal DS Hasnah, Puan Zainita dan Puan Nik Azmawati

20 Aug

Bilik Kuliah Ilmu (13 Ogos) Hari ini warga sekolah meraikan tiga orang tenaga pengajar SMKS9 yang menamatkan perkhidmatan di sini di atas sebab – sebab yang berbeza

Yang pertama ialah persaran Datin Seri Hasnah, yang telah berkhidmat sebagai pendidik bermula 1 Ogos 1985 dan berkhidmat selama 29 tahun 8 bulan . Beliau pernah berkhidmat di SMK Teluk Panglima Garang Abdul Samad Kuala Lipis, SMK Air Putih Kuantan, SMK Manir Kuala Terengganu, SMK Kelana Jaya Selangor, SMK Bandar Baru Uda Johor Baru dan akhir sekali di SMKS9 Shah Alam. Pernah menjadi Ketua Panitia Sains, Ketua Bidang, Penolong Kanan Ko Kurikulum, menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1997 dan 2004. Memperoleh gelaran Datin Seri melalui suami beliau pada 2014.

Puan Zainita mula berkhidmat sebagai pendidik selama 17 tahun termasuk pekhidmatan  di sini selama 7 tahun, iaitu bermula tahun 2009, sebagai guru Bahasa Inggeris. Beliau bakal berpindah ke Kementerian Pengajian Tinggi Penolong Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pengajian Tinggi

Puan Nik Azmawati pula mula berkhidmat sebagai seorang guru di Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula Januari 2007 dan pernah menjadi Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SMKS9 sesi 2013/14. Beliau berpindah kerana dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan PPKI di SMK Seksyen 27.

Majlis yang diadakan di Bilik Kuliah ilmu ini juga adalah Jamuan Hari Raya Idul Fitri peringkat Guru dan Kakitangan sekolah.

IMG_7031 IMG_7061 IMG_7060 IMG_7058  IMG_7056 IMG_7055 IMG_7053 IMG_7052  IMG_7049 IMG_7048 IMG_7044 IMG_7043 IMG_7039  IMG_7036 IMG_7033

 
Leave a comment

Posted by on 20/08/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: