RSS

SMKS9 bermula cemerlang julang Piala Sumbangsih

07 Sep

Padang SMKS9 (5 Sept) Pasukan Bolasepak SMKS9 bermula cemerlang hari ini setelah berjaya menjulang Piala Sumbangsih menentang bekas juara, SMK La Salle PJ di dalam Kejohanan Bolasepak Piala Dato’ Mokhtar Dahari untuk musim ini.

Gol kemenangan dijaringkan melalui sepakan penalti di minit ke tujuh yang diambil cemerlang oleh kapten pasukan Muhammad Fazrul. Sepakan penalti ini diberikan apabila pemain sayap kiri nombor sebelas, Khairil Iskandar dijatuhkan di dalam kotak penalti. Kedudukan ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Sepanjang waktu rehat, penonton dihiburkan dengan persembahan selingan iaitu tarian daripada pelajar – pelajar SMK9. Bersambung ke separuh masa kedua, hujan turun renyai – renyai, namun tidak menjejaskan kelancarn permainan. Tiada jaringan dihasilkan sepanjang separuh masa kedua, meninggalkan tuan rumah akhirnya meraikan kemenangan yang diidam – idamkan.

Ini merupakan perlawanan pembuka tirai untuk keohanan ini, yang pertama kali diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun lepas. Pada tahun ini, format kejohanan diubahsuai di skop penyertaan diperluaskan daripada hanya meliputi sekolah – sekolah terpilih di dalam Daerah Petaling Perdana dan Petaling Utama, kepada penyertaan daripada semua daerah di negeri Selangor.Ia melibatkan 32 buah sekolah di seluruh negeri, di mana kelayakan untuk menyertai adalah berdasarkan prestasi di peringkat MSSD pada awal tahun ini.SMK Seksyen 9 mendapat kelayakan berganda apabila layak secara otomatik pada asalnya sebagai tuan rumah, ditambah pula dengan prestasi cemerlang di peringkat MSSD apabila muncul naib juara.

Turut hadir pada perlawanan pembukaan ini adalah pengerusi kejohanan, Dato’ Hj Emran b Hj Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, dan juga Tuan Pengarah Pelajaran Selangor, En Zainuren Hj Mohd Nor.

Pasukan yang dikawalselia oleh Jurulatih baharu En Mohammad Zafran ini berazam untuk meneruskan perjuangan menjulang Piala yang lebih berprestij, iaitu Piala Dato’ Mokhtar Dahari.

 
Leave a comment

Posted by on 07/09/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: