RSS

Y.B. DS Noh Bin Omar jadi penaung pasukan PLASMA

28 Oct

Seksyen 9 (27 Okt) Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Hj Noh b Omar hari ini mengadakan lawatan tidak rasmi ke SMKS9 dan seterusnya menyatakan kesudian menjadi penaung bagi pasukan Formula One in School sekolah, Plasma.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor bertaraf Menteri penuh hadir lebih kurang pukul 10.30 pagi dan menghabiskan masa selama satu jam bersama pasukan PLASMA dan beberapa orang pentadbir seperti Tuan Pengetua, Tuan Hj Abdul Hakim b Samuri dan YDP PIBG Tn Hj Azman Ahmad.

Di dalam majlis separa rasmi ini, beliau mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pasukan tersebut dan guru – guru yang lain, bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pertandingan ini.

Pasukan yang berada di bawah kawal selia Encik Amirul Izham ini bakal mewakili negeri Selangor di dalam pertandingan Formula One in School di Pekan Pahang bermula 29 Oktober ini. Turut bersama mereka adalah satu lagi pasukan F1, iaitu pasukan LUMINOUS di bawah bimbingan Cik Arwina Anuar.

DSC_0335DSC_0335DSC_0335DSC_0338DSC_0359DSC_0364

 
Leave a comment

Posted by on 28/10/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: