RSS

Dato’ Azril rasmi Majlis Graduasi

29 Oct

Dewan Sinar (28 Okt) Pada tahun 2003 beliau berada di dalam Dewan ini sebagai salah seorang daripada graduan. 12 tahun kemudian, pada tahun ini, beliau hadir ke dewan yang sama, di sekolah yang sama dan di majlis yang sama, Cuma kali ini beliau duduk di kerusi perasmi.
Beliau yang dimaksudkan adalah Dato’ Azril Mohd Radzi, bekas pelajar keluaran SMKS9 yang merupakan pengasas V’ASIA Cosmetics & Healthcare, salah satu jenama kosmetik dan makanan kesihatan yang kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ketika ini.
Majlis bermula dengan perakan masuk para tetamu dan VVIP mengikut adab isitiadat graduasi dan kemudiannya diikuti dengan ucapan pengetua dan ucapan perasmian oleh Dato’ Azril. Sejurus kemudian, tuan Pengetua tampil semula membacakan watikah Graduasi. Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian watikah graduasi kali pertama dimulai dengan murid Pendidikan Khas.
Majlis berhenti rehat untuk persembahan selingan dan disambung semula selepas itu dengan penyampaian watikah graduasi sesi kedua. Majlis bersambung dengan penyampaian Anugerah Lencana kecemerlangan dan diakhiri dengan penyampaian Anugerah Pengetua. Untuk tahun ini penerimanya adalah Shafiqah Alliah bt Razman dari 5 PA2 dan Abdul Rahim b Abdul Rahman dari 5Sc1.
Majlis graduasi kali ini dianggap unik kerana dirasmikan oleh bekas pelajar sekolah yang sama. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada kejayaan beliau sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya disamping merupakan satu manifestasi kemenjadian pelajar SMKS9.

Dato' Azril tiba di perkarangan sekolah disambut oleh Puan Kashnani dan Puan Rahimah

Dato’ Azril tiba di perkarangan sekolah disambut oleh Puan Kashnani dan Puan Rahimah

Perakan masuk cokmar

Perakan masuk cokmar

Nyanyian Negaraku

Nyanyian Negaraku

Barisan VIP

Barisan VIP

Pengetua menyampaikan ucapan

Pengetua menyampaikan ucapan

Barisan graduan berbaris menunggu giliran naik ke pentas

Barisan graduan berbaris menunggu giliran naik ke pentas

 
Leave a comment

Posted by on 29/10/2015 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: