RSS

Gelak Ketawa dan Air mata di Majlis Perpisahan Pengetua

10 Oct

Kelab Shah Alam (8 Okt) Kombinasi antara gelak ketawa, senda gurau dan sebahagian besar airmata mewarnai Majlis Perpisahan Tuan Pengetua SMKS9 Tuan Haji Abdul Hakim Samuri pada hari ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMKS9 ini diadakan setelah selesai Program Hari Sukan Negara. Tujuan utama penganjuran adalah untuk menghargai jasa Tuan Hj Abd Hakim berkhidmat di SMKS9 selama 19 tahun yang mana enam tahun terakhirnya adalah sebagai pengetua. Sebelumnya beliau pernah menjawat Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM dan juga Penolong Kanan.

Majlis yang disifatkan beliau sebagai yang paling bermakna di dalam sejarah hidupnya sebagai guru ini diseri dan dimaknakan lagi dengan beberapa pengisian, antaranya persembahan nyanyian daripada Puan Salawani Selamat dengan lagu Pelangi Petang, Bacaan Sajak oleh En Fauzul, Persembahan Khas dari guru – guru lelaki dan acara kemucaknya ialah ucapan perpisahan dari Tuan Pengetua.

Tuan Hj Abdul Hakim berpindah ke SMK Rantau Panjang Kelang setelah dan digantikan dengan pengetua baharu, Tuan Ahmad Kamal Idris

 

 

 

 

 

 
Leave a comment

Posted by on 10/10/2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: