RSS

Pengetua sebak dipeluk Peminat Setia

18 Oct
Pengetua sebak dipeluk Peminat Setia

Dewan Sinar (14 Okt) Warga SMKS9 hari ini meraikan perpindahan mantan pengetua Tuan Haji Abdul Hakim bin Samuri di dalam satu majlis yang santai namun penuh bermakna, terutamanya apabila seorang apabila seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) naik ke pentas untuk memeluk beliau.
Acara yang bermula dari pukul 11.30 pagi ini bermula dengan perarakan kompang ke dewan dan sejurus tiba di pintu dewan, pengetua diarak masuk menaiki tandu yang dipikul oleh enam orang murid lelaki.
Majlis bermula dengan bacaan doa, tayangan multimedia, persembahan pelajar dan penyampaian hadiah daripada wakil – wakil warga sekolah. Ketika inilah dewan menjadi gamat seketika dengan penampilan khas adik Muhammad Umar Sharifuddin dari Pendidikan Khas Integrasi PPKI yang diundang ke pentas untuk bersalam dan memeluk pengetua buat kali terakhir. Muhammad Umar, 18, merupakan salah seorang ‘peminat setia’ pengetua yang sentiasa memeluk beliau apabila berjumpa. Tuan Haji Abd Hakim tidak dapat menahan perasan sebaknya dan terus mengangkat umar diiringi tepukan gemuruh warga dewan.
Majlis diteruskan dengan ucapan pengetua baharu, Tuan Ahmad Kamal Idris diikuti dengan ucapan wakil ketua pelajar iaitu Muhammad Emran . Acara kemuncak adalah ucapan yang diraikan, mantan pengetua dan majlis diakhiri dengan lagu sekolah . Pengetua diarak lagi sekali keluar dewan sambil bersalaman dengan warga sekolah dan akhir di Dataran Sinar.
Pengetua kemudiannya meninggalkan kawasan sekolah dengan kereta yang dipandu oleh Pn. Noraini, Penolong Kanan PPKI.
Tuan Haji Abdul Hakim mula berkhidmat di SMKS9 dari tahun 1997, dan dilantik menjadi pengetua pada tahun 2010. Tempat beliau diganti oleh Tuan Ahmad Kamal b Idris. (Foto Oleh En Roslan Mohd Noor dari Majalah Sinar dan Norhaziq Rosly dari Warta9)

 
Leave a comment

Posted by on 18/10/2016 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: