RSS

Selamat Bersara Puan Qaryanis

5 Jan – Warga Niners hari ini meraikan persaraan Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sekyen 9, Puan Qaryanis bt A. Aziz, di dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sinar

Majlis yang dinamakan Majlis Seluhur Budi Sejambak Kenangan ini berlangsung lebih selama lebih kurang 2 jam, melibatkan sebahagian besar murid – murid dan guru – guru sesi pagi. Turut hadir memeriahkan majlis adalah mantan pengetua, Puan Roslina bt Ahmad, YDP PIBG EN Nurul Shahrin dan AJK PIBG, En Faiza

Puan Qaryanis dilahirkan pada 21 November tahun 1967 Hospital Kandang Kerbau Singapura. Anak sulung daripada 2 orang adik beradik ini mendapat motivasi untuk menjadi guru di atas nasihat dan dorongan daripada arwah nenek beliau yang menyanjung tinggi kerjaya seorang pendidik. Untuk pengetahuan semua, Adik  perempuan beliau  juga adalah seorang pendidik di Kiwanis Down Syndrome Foundation.  

Ayahanda tercinta, Haji A.Aziz Bin Noordin adalah seorang pesara berusia 83 tahun, dan arwah ibu Hjh Azizah Binti Hasan merupakan seorang bekas guru.

Beliau mendapat Pendidikan awal di sekolah rendah di Jalan Teck Whye primary school dan bersekolah menengah di Bukit Panjang Government High School di Singapura. Beliau Kemudiannya meneruskan pengajian di Institut Teknologi Mara (ITM) Shah Alam dalam bidang Diploma senilukis dan senireka pada tahun 1988  dan selepas itu menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda senireka tekstil pada tahun 1992

Puan Qaryanis menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki idamannya pada tahun 1994 dan pasangan bahagia ini dianugerahkan sepasang cahaya mata

Cenderung ke arah melibatkan diri di dalam perguruan telah menggerakkan hati puan Qaryanis untuk menyambung pengajian di Maktab Perguruan Ilmu Khas (KPLI) dalam Bidang Pendidikan Seni pada tahun 1993 sehingga 1994. Tamat pengajian, beliau dengan rasminya memulakan tugas sebagai pendidik di Sekolah pertama adalah di SMK Perempuan Bukit Kuda Klang, dari tahun 1994 sehingga 2005

Bermula tahun 2006 sehingga 2020, beliau berpindah ke SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. di sekolah inilah beliau mula terilbat secara langsung di dalam barisan pentadbiran bermula apabila dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan di SMK dari tahun 2013 sehingga 2016 dan Seterusnya dinaikkan pangkat kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama  dari  tahun 2016 sehingga 2020.

Guru yang lwbih mesra dengan panggilan Puan Q ini dengan rasminya masuk ke dalam keluarga Niners bermula bulan Jun 2020 , bertugas sebagai penolong kanan pentadbiran, sehingga tamat perkhidmatannya penghujung tahun 2022

Sepanjang perkhidmatannya puan Qaryanis telah memperoleh Anugerah Cemerlang sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 2000 di SMK perempuan Bukit Kuda, 2010 dan 2019 di SMK sultan salehuddin abdul aziz shah shah alam

Kegemaran beliau di masa lapang adalah Melukis, beriadah serta bersantai bersama keluarga dan sanak saudara.

Puan Qaryanis bersama dengan mantan Pengetua, Puan Roslina, dan beberapa rakan Niners yang lain, bersedia sebelum diarak memasuki Dewan Sinar
 
Leave a comment

Posted by on 08/01/2023 in Uncategorized

 

Dua anugerah dari London – Ecolest9 muncul terbaik Asia.

Menamakan diri mereka ECOLEST9, pasukan F1 in Schools SMKS9 yang diwakili oleh enam orang murid telah mempamerkan prestasi yang membanggakan apabila berjaya merangkul dua anugerah yang diperoleh daripada lima pencalonan dan seterusnya meletakkan diri mereka sebagai yang terbaik di kalangan negara – negara Asia yang menyertai.

Ecolest9 adalah sebuah lagi pasukan yang ditubuhkan oleh sekolah di dalam pertandingan F1 in Schools Technology Challenge, yang mana telah disertai oleh sekolah semenjak 2006. Ia merupakan satu pertandingan yang berkonsepkan STEM di mana peserta dikehendaki membangunkan satu pasukan F1 daripada awal sehinggalah ke peringkat pertandingan. Proses pembentukan pasukan itu termasuklah pembahagian tugas, kajian, pencarian dana dan penajaan, kolaborasi dengan pihak berkaitan, pembentukan imej, dan sebagainya. Sesebuah pasukan akan dinilai berdasarkan kemampuan ahli di dalam segenap aspek projek.

Pertandingan diadakan bermula di peringkat zon, kebangsaan dan seterusnya ke peringkat antarabangsa. Berentap bersama 53 buah negara lain yang turut sama menyertai. Pertandingan tahun ini telah diadakan di Silverstone London bermula 9 sehingga 15 Julai yang lepas. ,   Ecolest9 dianggotai oleh Wan Ilhan Erina binti Wan Zulkifli (5 Cassiopeia), Sharifah Farihah Nadra binti Syed Zulkhairul Iskandar (5 Aurora)Muhammad Shahazim bin Shamsul Nahar (5 Nebula) Irdeena Sofea binti Nazrul Iriwan (5 Orion), dan Aleesya binti Abdul Raman (4 Nebula) sementara guru pembimbingnya adalah Encik Amirul Izham bin Ishak.

Satu majlis ringkas meraikan kejayaan mereka telah diadakan di Dewan Sinar sewaktu perhimpunan pagi hari Isnin, 1 Ogos yang lalu.

Berbusana tradisonal Malaysia, kumpulan Ecolest9 di pentas bersama piala kemenangan, turut hadhir Puan Kashnani Mohd Noor, Pegawai PPD Petaling Perdana yang juga mantan mentor dan pembimbing pasukan F1 in School sekolah
 
Leave a comment

Posted by on 04/08/2022 in Uncategorized

 

Dari sekolah ke pentas dunia – Erina kongsi pengalaman menyertai F1 in Schools

Berikut adalah teks ucapan Wan Ilhan Erina binti Wan Zulkifli. Pengurus Projek pasukan Ecolest9, yang disampaikan din Dewan Sinar SMKS9 pada 1 Ogos yang lepas

Assalamualaikum WBT and a very good morning i bid my fellow teachers and peers. I’m Erina Wanzul, ECOLEST9’s project manager and manufacturing engineer. 

I’ve been told to give a short talk on what is F1 in schools and ECOLEST9’s experience representing Malaysia at the F1 in Schools World Finals in Silverstone United Kingdom that happened not too long ago. Now ik you all dread long assemblies so i’ll get right into it. 

First and foremost for those of you who don’t know what F1 in Schools is, F1 in Schools is a multi disciplinary world renowned STEM based competition in which students have to create a group, delegate roles and responsibilities, create a brand, market their brand, and find resources to ultimately design and manufacture a miniature formula one car, using university lever CAE software. This miniature F1 car will then be raced on a 20m straight lined track powered by nothing but a CO2 cartridge. 

Now they are levels to this challenge teams will first have to compete regionally then nationally and only then can they stand a chance to compete in the world finals which alhamdulillah with ECOLEST9 being Malaysia’s 2021 F1 in schools national champions and our schools second national champion winning team, we were able to bring Malaysia’s name to the world finals and compete alongside 53 teams from 25 countries all around the world. 

So how was our experience competing in the world finals? Well although the competition was merely 2 weeks the preparation for the world finals was a 2 year project we invested in now if i were to recap the whole project im afraid you all would fall asleep but 

What I can say is that in those 2 years we were very privileged to learn a lot about engineering but not just that learn how to create and market a strong brand, direct n conduct marketing activities, and create innovations. We had the opportunity to broaden our network and work with outstanding people. For example, we worked with UiTM lecturers from various faculties, mainly the mechanical engineering faculty, to help us design and manufacture an aerodynamic car. We also managed to create a strong partnership with JPNS and together we have been working on projects to expose the youth to more STEM based activities this started with webinars at first to give exposure, then we developed a regionals stem competition tgtr and went on to further grow our initiative by initiating the development of a stemhub centre in selangor. And I forgot to mention we also learn how to find sponsorships to fund our project which allowed us to work with prestigious companies such as gaia pebbles, sugarbomb, sf and last but not least Malaysia airlines who is in fact ECOLEST9’s primary sponsor. 

Now i bet you’re starting to understand why this competition took two years of preparation..it was definitely not easy and they were MANY challenges and dare i say lack of support throughout our journey but we managed to grow and develop a lot through it gaining imperative skills such as, team work, communication, discipline, confidence, problem solving, consistency and resilience i mean the list goes on and on 

But I’m not going to bore you so let’s move on and talk about our trip to the uk where we got to enjoy the fruit of our labour..if i’m honest i myself am still trying to process everything that happened because a lot happened and a  lot happened fast. Throughout our trip we were able to visit Williams racing hq and have a tour of their formula 1 car archives that date back all the way to their 1978 formula 1 car we also got to have a factory tour and see how a real life f1 car is manufactured which was so educational and amazing if u want to be a formula 1 engineer im telling you it was like heaven anyway 

Since our competition venue was at the infamous silverstone circuit we also got to visit the silverstone museum as well as visit formula 1 students this all happened before the competition officially started but once it did it only got better we got to meet and chat with students from all around the world and exchange views and values. 

And last but not least meet with prominent people in formula one such as FIAs president Mohammed Ben Sulayem, the Managing Director of Motorsports Formula 1 Ross Brawn, Andrew Shovlin – Trackside Engineering Director, Mercedes AMG Petronas Formula 1 Team, Jost Capito CEO & Team Principle for Williams Racing and many more. For the formula 1 fans that are in this hall I hoped that intrigued you 

Ok so we talked about before the competition, during the competition now what did we do after the competition we got to visit the malaysian embassy and meet tuan yang terutama zakri jaafar persuruhan jaya tinggi malaysia to uk as well as visit education malaysia london and chat with Assoc. Prof. Dr. Shafie Mohamed Zabri

The Director Education Malaysia London which was such an honourable experience

Ok last but not least how did we perform in the world finals. Alhamdulillah we did really well in the world finals. The team has gotten five award nominations, the most out of 53 competing teams. The 5 nominations being the best Pit Display Award, Innovative Thinking Award, Team Identity Award, Sustainability Award and Verbal Presentation Award. 

Overall we achieved the 

  • best Pit Display Award powered by Scuderia AlphaTauri racing, 
  • the best Team Identity Award powered by Scuderia Ferrari
  • top 3 fastest car for the time trial race, with a race time of 1.035s we have the fastest time recorded for a malaysian team in history 
  • We placed 6 for the knockout race and reached Quarter Finals 
  • We ranked 12 overall out of 53 teams which is the highest any malaysian team has placed in the world finals 
  • And was titled the best team in Asia, physically competing which is the highest achievement smks9 has achieved so far

With that id like to thank everyone who has supported the team throughout our journey without all of your support we definitely wouldn’t have achieved any of the achievements above before i end my lil talk i’ll like to take this opportunity to specifically thank cikgu cikgu yg mengajar bdk bdk f1 juga kami tau kami tak dapat join kelas as often sebelum ni due to work jadi kami nak berterimakasih kat cgcg for always being understanding and now that we have completed everything we will try our best to catch up with what we’ve missed but definitely it won’t be easy and the possibility of us performing right away is very slim so we ask you to be patient with us and always have faith in us

Menerima anugerah daripada Puan Penolong Kanan
Bersama ahli pasukan Ecolest9 dan Guru Pembimbing, Encik Amirul Izham
Berkongsi pengalaman menjadi wakil negara di peringkat antarabangsa
 
Leave a comment

Posted by on 04/08/2022 in Uncategorized

 

Keluarga Niners Rai Persaraan Cikgu ‘Otai’ SMKS9 

22 Julai – Persaraan Cikgu Ruslan b Md Noor, seorang guru senior di SMKS9 disambut meriah hari ini di dalam satu majlis di Dewan Sinar

Guru yang telah mula berkhidmat di sini seawal sekolah ini mula beroperasi ini telah menabur bakti sebagai pendidik selama 29 tahun, bermula dengan sekolah pertama beliau di SMK Sultan Abdul Aziz Kuala Selangor daripada tahun 1994 – 1997 dan kemudian berpindah ke sini sehingga akhir perkhidmatannya pada 9 Julai yang lalu.

Bapa kepada empat orang cahaya mata ini adalah pakar di dalam bidang grafik dan fotografi dan sering menyumbang bakti kepada sekolah untuk menyiapkan kerja – kerja yang berkaitan dengannya seperti kain rentang, papan tanda, majalah sekolah dan beberapa hasil kerja yang lain, selain tugas hakiki beliau sebagai guru Pendidikan Seni Visual (PSV)

Turut hadir bersama di dalam majlis ini adalah dua orang mantan ketua panitia PSV iaitu Datin Azlinda Ahmad yang kini bertugas sebagai Penolong Kanan di SMKS 18 dan Puan Shazana yang kini bertugas sebagai guru PSV di SMKS7 Shah Alam. Selain itu, wakil Alumni sekolah, Saudara Fahmy Zachariah yang turut sama menyumbangkan dua buah lagu. Memeriahkan lagi majlis adalah Puan Nor Laila Abdul Ghani, isteri Cikgu Ruslan yang muncul di penghujung majlis.

Selamat Bersara, Cikgu Ruslan

Perarakan Masuk

Ucapan sarat dengan amanah daripada yang diraikan
Kawan dan Boss lama – Datin Azlinda bt Ahmad
Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan – Cikgu Nazri Yusof

Penyampaian Cenderahati

Salam Terakhir – Selamat Jalan Cikgu
 
Leave a comment

Posted by on 22/07/2022 in Uncategorized

 

Keris Racing Juara F1 in School Kebangsaan

Melaka (20 Dec) Pasukan F1 in School sekolah, yang menamakan diri mereka Keris Racing tenyata tajam menikam apabila berjaya memikat para juri di dalam pertandingan tersebut seterusnya dinobatkan Juara Kebangsaan untuk musim ini.

Masih mengekalkan barisan guru penasihat yang sama, iaitu En Amirul Izham Ishak, Puan Kashnani Mohd Noor, dan Puan Nor Diyana Binti Ab Wahab, kuartet sekolah kali ini dianggortai oleh Ammar Khalish bin Abdul Rahman, Iman Nuraina binti Mohammad Faizal, Wan Qistina binti Wan Abdullah dan Wan Ilhan Erina binti Wan Zulkifli.

Pertandingan tahun ini menyaksikan pengubahsuaian daripada segi format pertandingan di mana diadakan secara maya (virtual) bertempat di Multi University Melaka sementara peserta berada di lokasi masing – masing menanti keputusan yang disiarkan secara langsung di Youtube. Ini berikutan gejala penularan Covid 19 yang menghalang penganjur untuk mengadakannya mengikut kelaziman sebelum ini.

Sebanyak 40 pasukan mengambil bahagian daripada seluruh negara mengambil bahagian. Secara keseluruhannya, pasukan ini berjaya menungguli Anugerah Overall Champion 2020, Best Verbal Presentation Award, Best Research and Development Award.

Sekalung tahniah buat pasukan Keris Racing semoga meneruskan keunggulan di pentas global nanti.

Pasukan Keris Racing bersama guru penasihat dan ahli Rimau Racing di barisan belakang
Suasana di bilik F1, tempat peserta menunggu keputusan
Paparan keputusan
 
Leave a comment

Posted by on 20/12/2020 in Uncategorized

 

KKGK rai Persaraan Datin Ain dan Perpindahan Puan Nor Azimah

Seksyen 9 (16 Dec)Meskipun masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun ianya tidak menghalang Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) SMKS9 untuk mengadakan sambutan kecil – kecilan bersifat dua dalam satu iaitu meraikan persaraan Cikgu Datin Habbulmatain bt Maliki dan juga meraikan perpindahan ketua bidang Sains dan Matematik, Puan Hjh Nor Azimah binti Alwi

Majlis ringkas ini diadakan dengan memenuhi SOP ini diadakan di bilik Kuliah Ilmu dan cuma dihadiri oleh pentadbir dan ahli jawatankuasa KKGK sahaja memandangkan sekolah masih lagi diarahkan tutup bagi guru dan kakitangan

YBhg Datin Habbulmatain Binti Maliki dilahirkan pada 13 NOV 1964 DI Kahang, Kluang Johor. Anak bongsu dari 5 beradik ini telah mendirikan rumahtangga dengan Ybhg Dato’ Mohd Amin Bin Ahmad Ahya yang kini merupakan sebagai setiausaha kerajaan negeri selangor. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan bahagia ini telah dianugerahkan dengan 4 orang cahaya mata, seorang lelaki dan 3 orang perempuan

YBhg Datin Habbulmatain memulakan sejarah persekolahan beliau di DARJAH 1 sehingga darjah 3 di SK Kahang Kluang Johor, kemudiannya Di SK tangga batu Melaka. Beliau kemudiannya menyambung persekolahan di peringkat sekolah menengah di SM Seri Tanjong, Tanjong Kling Melaka dan Tingkatan 6 di SM Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka

Di peringkat menara gading, YBhg Datin Habbulmatain memperoleh ijazah dalam bidang sains sosial di Universiti Malaya dan kemudiannya diploma pendidikan juga daripada Universiti yang sama.

Daripada segi pengalaman mengajar.YBhg Datin Habbulmatain mula menabur bakti sebagai pendidik bermula di SM Methodist ACS Tengkera Melaka sebagai guru akademik biasa dan ketua Panitia Sejarah daripada penghujung 1989 sehingga 15.6.1992. Selepas itu beliau berpindah ke SM Simpang Empat Alor Gajah Melaka daripada 1992 sehingga 2000, SMB ST. Elizabeth Sibu Sarawak daripada 2000 sehingga 2002, SMK Putrajaya Presint 8 (1) daripada 2002 sehingga 2007,

Sebagai Ketua Unit Sains Sosial Jabatan Pelajaran Putrajaya daripada 2007 sehingga 2008, SMK Putrajaya Presint 14 daripada 2015 sehingga 2016, daan akhirnya bermula 15.2.2016 Bhg Datin Habbulmatain dengan rasminya melaporkan diri sebagai keluarga besar SMKS9 sehingga 13.11.2020 iaitu selama 4 TAHUN sehingga ke akhir perkhidmatannya.

Ditanya mengenai rancangan beliau di sepanjang pasca persaraan, Ybhg Datin Habbulmatain memilih untuk menjadi surirumah sepenuh masa, di samping memikul tugas sebagai pengerusi PUSPANITA SELANGOR

Puan Nor Azimah Alwi pula telahpun berpindah ke SMK Seksyen 19 kerana kenaikan pangkat kepada jawatan Penolong Kanan Ko Kurikulum di sana.

Kek yang disediakan oleh penganjur untuk kedua – dua insan yang diraikan
Penambah seri majlis – pulut kuning, air tangan Puan Che Zaharah
Banckdrop Majlis
Pengerusi KKGK, En Faiszie memimpin bacaan doa
Puan Pengetua, Puan Roslina bt Ahmad menyampaikan ucapan
Yang diraikan Datin Habbulmatain menyampaikan ucapan perpisahan
Puan Nor Azimah menyampaikan ucapan penghargaan
Datin Habbulmatain bersama kenderaan khas untuk acara lambaian terakhie
 
Leave a comment

Posted by on 20/12/2020 in Uncategorized

 

10 kakitangan cemerlang terima Anugerah

Dewan Sinar (27 Ogos) 10 orang kakitangan SMK Seksyen 9 hari ini menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di dalam satu majlis ringkas di Dewan Sinar

Penerima anugerah tersebut adalah :-

  1. Pn Che Zaharah bt Muhammad
  2. Pn Hanim bt Musa
  3. Pn Rokiah bt Mohd Ali
  4. Pn Arwina bt Anuar
  5. Cik Deura Emar bt Mohd Rosli
  6. Pn Imrah bt Yusof
  7. Pn Rosmiah Adura bt Othman
  8. Pn. Suhaila bt Amat
  9. Pn Dayang Zakiah bt Awangku Zainal Abidin
  10. Pn Shazlin bt Abdul Jalal

Anugerah disampaikan oleh Pengetua, Puan Roslina bt Ahmad. Majlis tahun ini diadakah di peringkat sekolah sahaja berikutan perintah kawalan pegerakan pemulihan (PKPP), dan disaksikan oleh guru – guru sesi pagi.

Seluruh warga kerja warta9 mengutuskan ucapan setinggi tahniah kepada semua yang menerima anugerah

 

????????????????????????????????????
 
Leave a comment

Posted by on 04/09/2020 in Uncategorized

 

Guru asal SMKS9 yang terakhir, Cikgu Datin Azlinda berpindah ke SMK S18.

Seksyen 9 (3 Julai) SMK Seksyen 9 Shah Alam mula beroperasi pada tahun 1997 dengan seramai 19 orang guru yang menjadi barisan pertama yang berkhidmat. Setelah masa berlalu, seorang demi seorang daripada kalangan mereka ini meninggalkan sekolah kerana sebab – sebab tertentu, seperti berpindah tempat kerja mahupun bersara sehinggalah hari ini, kita kehilangan seorang lagi guru yang merupakan guru terakhir daripada barisan pertama ini, iaitu Datin Azlinda bt Ahmad, yang berpindah ke SMK Seksyen 18.

Sedikit mengenai beliau, dilahirkan 16 Disember 1968 di Alor Setar Kedah dan Datin Azlinda adalah anak bongsu daripada Sembilan adik beradik. Beliau memulakan persekolahan sekolah rendah di  Sekolah Kebangsaan Hj Mohd Sharif Alor Setar dan kemudiannya di SMK Sultanah Asma Alor Setar.

Selesai SPM, insan seni ini melanjutkan pelajaran di  UiTM- Degree In Fashion bermula 1987 sehingga 1991 dan kemudiannya  di  Universiti Pendidikan SuItan Idris di dalam Diploma Pendidikan daripada 1992 sehingga 1993 dan akhirnya di Universiti Malaya di dalam Sarjana Pendidikan bermula daripada tahun  1997 sehingga  tahun 2000

Sebelum menjadi warga Niners  beliau pernah berkhidmat di beberapa sekolah iaitu Sultan Ibrahim Girl School Johor Baharu,  SMK Sri Medan Batu Pahat,  SMK Taman Seri Muda Shah Alam dan akhirnya di SMK Seksyen 9 Shah Alam bermula tahun 1997, iaitu ketika ia mula dibuka  sehingga tahun ini, 2020

Sepanjang di sini, selain menjadi guru Pendidikan Seni Visual (PSV) beliau diberi beberapa tugas dan amanah lain, seperti  Ketua Panitia PSV,  Setiausaha HEM, Guru Pengawas,  Penolong Kanan  KoKurikulum,  Penolong Kanan HEM, dan akhirnya Penolong Kanan Pentadbiran.

Menurut Datin Azlinda, “SMKS9 adalah rumah kedua saya selama 24 tahun, tiga orang anak  saya bersekolah di sini dan tiga dari empat  orang anaksaya lahir sepanjang saya di SMKS9”

“ Saya telah melalui pengalaman di SMKS9 sejak 1997, sejak.membuka sekolah bersamai 19 org guru 1st batch, semua guru  1st batch dah pindah atau pencen, saya yg terakhir keluar dr SMKS9 ” Tambah beliau

“ Kenangan sepanjang berkhidmat bersama 7 org pengetua yg hebat – hebat , semuanya manis. Bersahabat dengan kawan – kawan  semua, juga orang –orang  yang hebat dan menjadi guru kepada murid – murid yg juga hebat – hebat”

linda

Gambar terakhir di SMKS9 Shah Alam.

 
Leave a comment

Posted by on 06/07/2020 in Uncategorized

 

“Cikgu Rokiah Mohd Ali … Dia Guru, Ibu dan Sahabat saya” – Nadia Rahmat

Bersempena dengan persaraan Cikgu Rokiah bt Mohd Ali, Warta9 telah menemuramah seorang bekas murid SMKS9 yang agak rapat dengan Cikgu Rokiah, iaitu Saudari Nadia Rahmat, calon SPM tahun 2005.

Menurut beliau, Cikgu Rokiah adalah lebih daripada seorang guru, malah dia juga adalah sebagai seorang guru,ibu, dan sahabat yang tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa.
Daripada mengenal Cikgu Rokiah, Nadia atau lebih mesra denga panggilan Nodie, berkata, dia mula mengenal anak-anak, dan suami cikgu Rokiah, termasuk juga sebahagian besar daripada sanak saudara beliau. Tambah Nodie lagi “Takda orang lain yang saya boleh terima kalau nak marah atau tegur saya”, kerana Cikgu Rokiah seakan faham macam mana, bila masa sesuai, kepenggunaan ayat nak ‘tackle’ dan menegurnya
Tambah Nodie lagi, “ Sejujurnya saya lagi banyak share masalah dengan beliau dari Kak Khu (Ibu Nodie).
Tetapi sesekali bukan niat saya untuk lebihkan orang luar dari Mak sendiri”.
“Tapi sebab belaiu tau keadaan Kak Khu macamana. Dia sendiri pernah cakap, cerita kat dia, jangan susahkan hati Kak Khu. Dan selalunya bila dah rilex sket, baru saya story dengan Kak Khu”, tambah Nodie lagi
Ibu Nodie juga sentiasa sedia maklum Nodie sering akan cari penyelesaian dengan Cikgu Rokiah terlebih dahulu.
“Cikgu Rok dah tau? Kalau dia dah nasihat ikut je lah mana yang okay. Aku bukan pandai sangat. Jangan buat aku susah hati dah lah”. “Itulah say sering diucapkan oleh ibu saya” ujarnya lagi
“ Dia tak pernah judge saya. Dari segi latar belakang family, akademik, and even karakter saya.
Saya malas masuk kelas kimia ke, dia suruh duduk di Koop, kemas Koop. Puan Loh  (Guru kelas ) tau aku memang kat Koop” tambah beliau sambil ketawa girang.
Yang menariknya masa exam, Nodie selalu diarahkan bertukar tempat duduk da nada kalanya duduk jauh daripada rakan – rakan sekelasnya untuk mengelakkan daripada ditiru. “ Saya pulak suka buat ‘jariah’”, tambah Nodie sambil ketawa.
Selesai SPM, Cikgu Rokiah memanggil saya bekerja di pusat tuisyen. Dia diberikan kepercayaan sepenuhnya termasuklah menguruskan hal kewangan sehingga Cikgu Rokiah dan keluarga boleh pergi bercuti dan dialah yang mengambilalih sementara pusat tuisyen itu.
Bila di menara gading, setiap kali peperiksaan Cikgu Rokiah akan sentiasa mengirimkan kata – kata semangat dan dia.
Pendek kata bagi Nodie, Cikgu Rokiah dapat mengetahui dan menyelami karakternya. “Jadi dia tak pernah soal saya ade pakwe ke nak bercinte ke apa.Tak pernah. Tapi, sebagaimana kawan – kawan saya, memperkenalkan kepada Kak Khu, macam tu jugak saya akan perkenalkan diorg kat Cikgu Rokiah”.
“ Suami saya, Mohd Aiman Bin Mohd Amir mula – mula dikenalkan kepada Cikgu masa first day raya 2017. saya terus bawa Aiman raya umah cikgu.” “ Masa aku sangat down 2012 camtu, of coz dia ada dengan saya. Masuk 2013 dia ajak saya ke sana sini. Dia tak pernah bagitau “Sy nak tolong awak bangun dari kesedihan”. Takda. Never. Tapi, mungkin itulah therapy yang mampu dia tolong.” Tambah Nodie lagi.
Bermula dari Kemboja, kemudia Singapura, Indonesia, Australia dalam Malaysia dan banyak tempat lagi.
Cikgu Rokiah, kata Nodie bukanlah jenis huggy huggy type yang selalu memujuk. Tetapi melancong adalah satu terapi. Masakan tidak, Cikgu Rokiah dan Nodie pernah mengunjungi Universal Studio Singapura sampai tiga kali dalam setahun! Dan menurut Nodie juga banyak lagi pengalaman melancong bersama cikgu Rokiah.
Malah apabila Nodie ditempatkan selama dua bulan di bumi Jordan bagi menyantuni pelarian Syria pada musim sejuk, beliau antara penyokong kuat hingga beliau munculkan diri di bumi Jordan pada hari-hari terakhir Nodie di sana! Dirinya telah banyak dicorakkan olehCikgu Rokiah.
“Bagaimana untuk bangkit dari kesedihan, bagaimana untuk terima kegagalan, bagaimana untuk fokus dan teruskan perjalanan. Diri ini telah banyak dicorakkan oleh beliau dan kemenjadian saya sebagai seorang manusia hari ini adalah disebabkan oleh seorang insan yang bernama Cikgu Rokiah.”
Namun begitu perhubungan mereka pernah melaui zaman suramnya terutama sekitar 2014 namun dia tetap bersyukur kerana ia telah lama berlalu dan dilupakan.
Hasrat cikgu Rokiah untuk bersara awal telah lama diluahkan kepada Nodie. Mereka berdua ada merancang untuk memulakan perniagaan pelancongan tetapi oleh kerana tetapi terbantu kerana beberapa kekangan.
Menurut Nodie juga, “ Dia tak pernah judge saya, dan saya tidak pernah tahu dia bangga dengan saya hari ni. Tapi saya rasa dia macam Kak Khu (ibu Nodie). Depan tak cakap. Belakang dia bangga. Kut.”
“ Saya kenal Cikgu Rokiah selama sudah 17 tahun, kalau dari baby tu dah SPM tahun ni.
Dalam beribu anak didik yang diajar. Saya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang tersusun A.
Tapi mungkin saya adalah salah satu memori yang dia boleh treasure, borak and share masalah bersama. Yang boleh lepak dengan keluarga dia ber ’huhu’, balik Ipoh kait rambuta sama – sama”
.
“Saya bukan lovey dovey type. Dia tau. Saya tak pernah cakap aku sayang dia ke apa. Today is exceptional … I love you guruku. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu. Jangan pernah puas untuk doakan saya dunia akhirat. Happy Birthday & Selamat Bersara Yang Bersara Rokiah Mohd Ali!!!

Untuk pengetahuan Nodie sekarang adalah Presiden MY HOPE HERO The Top 10 Volunteers of 2017 dan mendapat anugerah Incitements 10 best Volunteer Around The World.

Di bawah adalah beberapa foto Nodie dan Cikgu Rokiah

nodie

72914643_10220159253284260_5123305771843186532_n83420603_10220159251884225_4005684779741660182_n104865967_10220159252644244_8982427880928544921_n104970304_10220159255084305_8575422652915890382_n105135829_10220159251284210_1829610663879426511_n105277669_10220159255364312_452743804713165238_n105526855_10220159251524216_6943531521307881863_n106211145_10220159254124281_9005119896443994384_n106301615_10220159254644294_8123615169983500068_n106478684_10220159250884200_1021512821676383501_n106783403_10220159256524341_8427929311886856490_n

 
Leave a comment

Posted by on 02/07/2020 in Uncategorized

 

Selamat Bersara, Cikgu Rokiah

Seksyen 9 (30 Jun) SMK Seksyen 9 hari menyaksikan seorang lagi tenaga pengajarnya telah menamatkan perkhidmatan, iaitu seorang guru yang dianggap ‘legend’ di sini, iaitu Cikgu Rokiah binti Mohd Ali
Sedikit mengenai latarbelakang beliau, Ibu kepada dua orang cahaya mata ini dilahirkan di Kepala Batas, kedah pada 30 Jun 1965. Beliau memulakan persekolahan di sekolah rendah di SK Sultanah Asmah Alor Setar dan di SK Marian Convent Ipoh dan sekolah menengah di Sekolah Convent Ipoh. Selesai persekolahan, beliau merantau dan melanjutkan pengajian di Florida State university ( English Center) dan kemudiannya di University of Arkansas, Amerika Syarikat di dalam bidang Akauntan.
Selesai pengajian beliau memulakan alam kerjaya sebagai seorang pegawai bank di sebuah bank tempatan dan kemudiannya mula bertugas menjadi guru di SMK Taman Medan daripada 1992 sehingga 1998 dan akhirnya menjadi warga Niners bermula 1999 sehingga 2020, tahun persaraannya. Sewaktu di sini, selain tugas hakiki beliau sebagai guru Prinsip Perakaunan, beliau pernah memikul tugas seperti Guru Tingkatan, Penyerlaras Koperasi sekolah dan Ketua Panitia Prinsip Perakaunan. Sebagai tambahan beliau juga sering menjadi penyelaras kepada banyak program lawatan ke dalam dan di luar Negara, seiring dengan kecenderungan dan minat beliau di dalam bidang pengembaraan dan pelancongan.
Kepada Puan Rokiah, Selamat Bersara dan Jasamu tetap dikenang.
kiah

 
Leave a comment

Posted by on 02/07/2020 in Uncategorized

 
 
Design a site like this with WordPress.com
Get started