RSS

Daily Archives: 17/01/2011

Puan Shamsiah bertukar ke Batang Kali. Pendidikan Khas dapat guru baru.

Seksyen 9 (17 Jan): Puan Shamsiah binti Mohd Zaid, guru Matematik sesi pagi dengan rasminya menamatkan perkhidmatannya di SMK Seksyen 9, sementara 2 orang guru Pendidikan Khas telah mendaftar pada hari ini.

Puan Shamsiah, yang mula bertugas sebagai guru di SMK Subang Jaya pada tahun 1990 sehingga 1991, berpindah ke SMK Selayang Baru sehingga 1992, ke SMK Bukit Gading sehingga 1994, ke SMK Alam Megah sehingga 1999 dan ke SMK Seksyen 9 semenjak tahun 2000 sehingga 2010. Pada tahun ini, beliau akan bertugas di tempat barunya, SMK Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor. Perpindahan ini adalah kerana mengikut suami.

Beliau mengumumkan perpindahan pada hari ini, setelah surat kelulusan perpindahan telah terlewat sampai di sekolah. Perpindahan rasminya sepatutnya telah berkuatkuasa 1 januari yang lepas.

Sementara itu seorang lagi tenaga pengajar baru untuk Pendidikan Khas telah mendaftar diri pada hari ini. Guru tersebut, Cik Amiratulhanna binti Amir telah diperkenalkan kepada pelajar sewaktu perhimpunan pagi ini.

 
Leave a comment

Posted by on 17/01/2011 in Uncategorized